PENGERTIAN
UMUM AKIDAH
AKIDAH DARI SEGI
BAHASA DAN ISTILAH.
Asal perkataan akidah ialah dari perkataan
arab iaitu ‘aqidah .
Akidah;
-Dari segi bahasa bererti :
Kepercayaan yang kukuh didalam hati atau simpulan iman atau pegangan yang kuat atau
satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat .
-Dari segi istilah bererti : Kepercayaan
dan keyakinan yang mantap terhadap Allah S.W.T. dan tidak mudah terurai oleh mana-mana
pengaruh sama ada dari luar atau dalam diri seseorang itu.
AKIDAH MENURUT SYARAK DAN PANDANGAN ULAMA
Pengertian akidah menurut syarak pula ialah beriman dengan kewujudan dan keesaan Allah
S.W.T. serta beriman dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya juga beriman dengan
para Rasul, kitab-kitab Allah, Hari Akhirat dan menerima ketentuan Allah sama
ada baik atau buruk serta apa jua yang datang dari Allah.
Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam
kitabnya Ubudiyyah, menerangkan bahawa makna asal ibadah ialah kehinaan .
Manakala menurut seorang Ahli Tafsir ,
iaitu At-Tabari, menjelaskan bahawa ibadah kepada Allah ialah khushu’ dan
tawaddhu’ iaitu tetap hati dan merendah diri kepada Allah S.W.T.
ILMU AKIDAH
Ilmu yang
membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah
S.W.T. dan sifat-sifat kesempurnaanNya..
Setiap umat Islam
wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku
perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T.
seperti murtad , terpengaruh ajaran sesat
, syirik atau menduakan Allah dan seumpamanya.
Menurut kesepakatan
ulamak , akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan atau berteraskan pada
Al-Quran dan As-Sunnah.
PEMBAHAGIAN ILMU AKIDAH
Pembahagian ilmu akidah dalam Islam dan pengertian secara
ringkas.
Ilmu akidah terbahagi kepada beberapa cabang ilmu;
1. Ilmu Tauhid: Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah S.W.T. yang wajib diketahui dan dipercayai
menggunakan dalil naqli dan dalil aqli.
2. Ilmu Usuluddin: Ilmu yang membicarakan tentang
dasar-dasar kepercayaan dalam agama Islam,
iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T. dan RasulNya.
3.
Ilmu Makrifat:
Suatu ilmu yang membahaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
cara-cara mengenal Allah S.W.T.
4. Ilmu Kalam: Sesuatu ilmu yang membahaskan tentang
akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai hujah dan perisai terhadap
segala tentangan daripada pihak lawan.
5.
Ilmu Akidah: Suatu ilmu yang membahas tentang
perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah S.W.T.
DALIL TENTANG AKIDAH
Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menyentuh
tentang akidah . Antaranya:
1. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Mafhumnya:
“Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam”.
( Surah Al-Fatihah : ayat 2 )
Ayat di atas menerangkan tentang kepercayaan kepada Allah
sebagai Tuhan yang memiliki semesta alam.
2.
مَالِكِ يَوْمِ
الدِّينِ
Mafhumnya:
“Yang menguasai di Hari Pembalasan”
(Surah Al-Fatihah:ayat 4)
Ayat di atas adalah berkaitan dengan percaya terhadap
kekuasaan Allah S.W.T. dan percaya kepada Hari Akhirat.
3.
قُلْ أَعُوذُ
بِرَبِّ النَّاسِ . مَلِكِ النَّاسِ . إِلَهِ النَّاسِ
Mafhumnya :
“Katakanlah: "Aku berlidung
kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan
manusia.”
KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH
Antara beberapa kepentingan mempelajari ilmu akidah
termasuklah:
1.
Supaya terhindar daripada ajaran-ajaran sesat yang akan merosakkan
akidah seseorang terhadap Allah S.W.T.
2.
Meneguhkan keimanan dan
keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya.
3.
Memantapkan akidah
seseorang supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan amalan-amalan yang boleh
merosakkan akidah.
4.
Kiraan dan Timbangan
Amalan. Antaranya perkara yang akan dialami oleh manusia di akhirat ialah hisab
dan timbangan amalan.
5.
Balasan syurga dan neraka.
Berdasarkan dalil-dalil al-Quran menunjukkan bahawa orang yang amalan baiknya
banyak sehingga memberatkan timbangan amalan baik ia akan dimasukan ke dalam
syurga, manakala mereka yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka.
6.
Dapat mengeluarkan
hujah-hujah yang boleh mematahkan hujah daripada pihak lawan yang cuba
memesongkan akidah seseorang.
KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
1.
Akidah sebagai asas
kehidupan.
2.
Akidah sebagai penentu atau
pendorong.
PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH
Penyelewengan akidah umumnya berlaku melalui:
1.
Percakapan atau ucapan.
2 .
Perbuatan
3.
Iktikad dalam hati.
PEMBINAAN AKIDAH
1. Memahami konsep Islam
yang sebenar dan memahami konsep akidah secara khusus.
2. Membersihkan hati
dengan cara meninggalkan larangan dan melakukan perkara-perkara yang disuruh
oleh Allah S.W.T.
3.
Sentiasa berjihad melawan
nafsu dan bisikan syaitan untuk beriltizam dengan agama Islam.
4.
Bersama-sama dengan orang
yang soleh dan sentiasa mencari suasana dan kehidupan yang baik serta tenang.
5.
Sentiasa berdoa memohon petunjuk
Allah S.W.T.
6. Bertawakal kepada Allah S.W.T.
Secara
keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami umumnya kepada
sesiapa yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah atau berterusan. Secara
tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan
melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
No comments:
Post a Comment